Program Gotong Royong Di Nadi Kampung Surau

10 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Oktober 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program gotong royong di kawasan NADI bersama Jabatan Penjara, KEMAS dan Komuniti Kampung Surau. Program gotong royong bermula jam 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari.

Program gotong-royong di NADI Kampung Surau ini dianjurkan bagi memupuk semangat kerjasama dan perpaduan antara agensi kerajaan seperti Jabatan Penjara, KEMAS serta Komuniti Setempat. Aktiviti ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang bersih, ceria dan selamat di kawasan NADI serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan dan tanggungjawab bersama dalam menjaga kemudahan awam.

Selain itu, program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara NADI, agensi kerajaan dan penduduk kampung, di samping memupuk nilai sukarelawan dan semangat kemasyarakatan dalam kalangan peserta. Program seperti ini dapat mempromosikan lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali